Monday, November 22, 2010

HOW MEASURE VOLUME OF LIQUID VIDEO

HOW TO MEASURE VOLUME OF LIQUID

i)

MATAPELAJARAN : MATEMATIK
TAHUN : 2
TAJUK : ISIPADU CECAIR
ALAT BANTUAN MENGAJAR : - Bikar penyukat, botol air minuman, besen dan air
secukupnya.



Alat bantuan mengajar ini digunakan untuk membuat perbezaan isipadu cecair di antara dua bekas. Didapati botol air hanya menggunakan 1 bikar air sahaja berbanding besen memerlukan 3 bikar air untuk memenuhi bekas masing-masing.

Diakhir pengajaran, diharapkan pelajar dapat menyatakan satu besen memerlukan lebih banyak air berbanding botol air. Manakala satu botol air adalah kurang isipadu cecairnya berbanding besen.


ii)

MATAPELAJARAN : MATEMATIK
TAHUN : 2
TAJUK : ISIPADU CECAIR
ALAT BANTUAN MENGAJAR : - Bikar penyukat 1 liter, botol air minuman, botol kordial, mangkuk ikan dan air secukupnya.


Alat bantuan mengajar ini memerlukan pelajar menyukat isipadu cecair bagi bekas-bekas yang disediakan. Didapati, botol air hanya memerlukan 1 liter sahaja bagi memenuhi bekas. Bagi botol cordial pula 2 liter air diperlukan. Manakala bagi mangkuk ikan 4 liter air diperlukan.

Di akhir pengajaran dan pembelajaran diharapkan, pelajar dapat menyukat isipadu cecair dengan betul bagi setiap bekas.


RANCANGAN MENGAJAR BAGI PELAJAR PENCAPAIAN RENDAH

i)

MATAPELAJARAN : MATEMATIK
TAHUN : 2
TAJUK : ISIPADU CECAIR
OBJEKTIF : - Pelajar dapat membandingkan isipadu cecair diantara 2 Bekas.


SET INDUKSI ( 5 MINIT)
- Guru bersoal jawab mengenai minuman yang telah diminum oleh beberapa pelajar pada waktu rehat.
- Guru menunjukan botol air mineral, termos air dan bikar kepada pelajar dan menyatakan cecair perlu disukat menggunakan unit Liter.
ABM:
- Botol air
- Termos
- Bikar 1 Liter

LANGKAH 1 : 10 MINIT

- Guru menunjukkan 3 botol mineral dimana, botol pertama tidak berisi air, botol kedua diisi air separuh daripada botol dan botol ketiga diisi penuh dengan air.

- Guru membimbing pelajar membina ayat bagi ketiga-tiga botol :

i) Botol pertama adalah kosong

ii) Botol kedua berisi air separuh botol

iii) Botolketiga diisi penuh dengan air

ABM: 3 botol mineral 50ml, Lembaran kerja


LANGKAH 2 : 20 MINIT

- Guru menunjukkan 2 bekas iaitu besen dan botol minuman serta 4 bikar yang berisi air di atas meja.

- Guru meminta 2 orang pelajar ( A&B) kehadapan kelas dan minta mereka mengisikan air di dalam bikar ke dalam bekas yang telah disediakan supaya penuh.

· Pelajar A menuangkan 1 bikar air ke dalam bekas minuman

· Pelajar B menuangkan 3 bikar air ke dalam besen.

- Guru meminta semua pelajar membuat perbandingan kedua-dua bekas.

- Guru membimbing pelajar untuk menyatakan :

· Botol minuman memerlukan 1 bikar air sahaja

· Besen memerlukan 3 bikar air

Seterusnya guru membimbing pelajar menyatakan:

· Kandungan air di besen adalah lebih berbanding botol minuman

· Botol air mempunyai kandungan air kurang daripada besen.

ABM : Botol minuman,besen ,Air secukupnya


LANGKAH 3 : 15 MINIT

- Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan A,B,C, & D dan memberikan alatan seperti berikut:

· Kumpulan A : botol minuman

· Kumpulan B : jag air

· Kumpulan C : baldi

· Kumpulan D : cerek

- Guru memberikan arahan setiap kumpulan perlu mengisikan air menggunakan bikar yang telah disediakan.

- Setiap kumpulan perlu mencatatkan dapatan jumlah bilangan bikar yang digunakan bagi memenuhi bekas yang telah diberikan di dalam kad yang diberikan.

- Murid menunjukkan hasil dapatan dan guru membimbing murid untuk membezakan kandungan antara keempat-empat bekas itu.

· Baldi mengandungi air yang lebih dari bekas-bekas yang lain.

· Botol minuman adalah yang paling kurang kandungan airnya

· Cerek dan jag air adalah sama kandungan airnya.

ABM: Botol air, Baldi, Cerek, Jag air, Air secukupnya


PENUTUP : 10 MINIT

- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar

ABM: Lembaran kerja



RANCANGAN MENGAJAR BAGI PELAJAR PENCAPAIAN RENDAH

ii)

MATAPELAJARAN : MATEMATIK
TAHUN : 2
TAJUK : ISIPADU CECAIR
OBJEKTIF : - Pelajar dapat menyatakan isipadu cecair bagi setiap Bekas yang diuji.


SET INDUKSI : 5 MINIT

- Guru menunjukkan beberapa bekas atau bungkus makanan yang didapati di pasaran yang labelnya tercetak muatan dalam sukatan liter padu seperti botol kordial dan bekas minyak masak

- Guru meminta murid membacakan unit yang tertera pada label

o Botol kordial = 2liter

o Bekas minyak masak = 5 liter

ABM: Botol cordial, Bekas minyak masak


LANGKAH 1: 10 MINIT

- Guru menunjukkan silinder penyukat 1 liter dan menyatakan :1liter = 1000 mililiter

- Guru memasukkan air ke dalam silinder penyukat sehingga 1 liter dan memasukkan pula air itu ke dalam sebuah jag.

- Guru membimbing pelajar dengan menyatakan :

Isipadu air di dalam jag ini adalah 1 liter.

ABM: Jag air, Silinder penyukat, Air secukupnya


LANGKAH 2 : 15 MINIT

- Guru meminta 7 orang pelajar untuk mengisi air sirap ke dalam setiap bikar sebanyak1 liter masing-masing dengan tepat.

- Guru meminta 3 pelajar ke hadapan kelas untuk mengisi air sirap ke dalam bekas-bekas yang telah disediakan.

· Pelajar A : mengisi bekas minuman

· Pelajar B : mengisi botol cordial

· Palajar C : mengisi mangkuk ikan

- Guru meminta semua pelajar menyatakan bilangan liter yang diperlukan oleh setiap bekas

· Bekas minuman memerlukan 1 liter air

· Botol cordial memerlukan 2 liter air

· Mangkuk ikan memerlukan 4 liter air

ABM: Botol cordial, Mangkuk Ikan, Bekas minuman


LANGKAH 3 : 20 MINIT

- Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan beberapa alatan seperti :

· Baldi, jag air, termos, besen dan bikar penyukat

- Guru meminta setiap kumpulan membuat kajian terhadap bekas-bekas yang diberi untuk menilai kandungan isipadu setiap bekas itu.

- Setiap kumpulan perlu merekodkan hasil dapatan di dalam kad yang diberikan.

Cth : baldi = ________ liter

- Guru meminta pelajar membandingkan kandungan isipadu air sirap bagi setiap bekas dan nyatakan bekas yang manakah :

· ________ Adalah lebih isipadu airnya

· ________ Adalah paling kurang isipadu airnya

· Besen adalah lebih ________ liter air daripada termos.

· Jag air adalah kurang ________ liter air daripada baldi

ABM: Baldi, Jag air, Termos, Besen, Bikar penyukat


PENUTUP : 10 MINIT

- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar

ABM : lembaran kertas kerja